Tuesday, April 21, 2009

PENGENALAN

Dalam usaha untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negeri Pulau Pinang, PPAPP telah menubuhkan Perpustakan Desa untuk membantu dan menggalakkan budaya membaca dikalangan penduduk tanpa mengira bangsa, agama dan peringkat umur.

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Burong telah di buka pada tahun 1995 di Kampung Sungai Burong. Ini memudahkan pengguna supaya tidak bersusah-payah untuk ke bandar meminjam buku atau menggunakan perkhidmatan yang di sediakan oleh perpustakaan.Pelbagai perkhidmatan telah disediakan di perpustakaan dan semuanya adalah percuma.Sekiranya kemudahan yang diinginkan tiada di Perpustakaan Desa, pinjaman antara perpustakaan boleh dibuat. Diharap ramailah yang menjadi pengguna dan datanglah beramai-ramai untuk menggunakan perkhidmatan yang di sediakan.
 

blogger templates | Make Money Online